Nampak perubahan pada fizikal, suami Rohana Jalil akui dah banyak kali ajak isteri pergi hospital untuk buat pemeriksaan

Suami kepada Allahyarhamah Rohana Jalil iaitu Jahangir Khan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang isteri yang terbaik. Ketika ditemui, Jahangir berkata sepanjang menempuhi bahtera perkahwinan, dia dan arwah tidak sekali pun berdepan krisis rumah tangga. “Saya masih terdengar suara dan gelak tawa dia. Saya sudah bersama dengan arwah 40 tahun tanpa ada masalah. Tiada juga krisis yang besar antara kami. Dia terbaik dari semua kategori.

“Dia merupakan seorang isteri yang terbaik. Saya dengan kerja saya, dia dengan kerja dia dan kami boleh hidup bersama kekal hingga akhir hayat. Jahangir berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai proses uruskan arwah di Tanah Islam USJ 22, pada Rabu. Dalam masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata dia ada beberapa kali mengajak isterinya untuk melakukan pemeriksaan doktor selepas melihat perubahan pada fizikalnya, namun arwah enggan untuk berbuat demikian. “Apa yang saya lihat fizikal badan dia semakin susut. Saya pernah ajak dia buat pemeriksaan tetapi dia tidak mahu. Dia kata okay sahaja. Bukan sekali, tapi tiga empat kali saya ajak.”

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menjelang Aidiladha, Jahangir berkata tiada sebarang persiapan dilakukan sejak arwah menanggung sakit. “Tiada sebarang persiapan pun untuk raya haji. Sejak daripada raya puasa tahun lalu pun sudah kurang kan untuk sambut meriah. Terdahulu, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33 malam Selasa.

Rohana Jalil, 68, telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan. Media juga melaporkan bahawa jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman. Untuk info, arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.