Ini pula yang Sakinah jelaskan enggan berkompromi dengan kaki buli.

Pelakon Sharifah Sakinah, 34, tidak mahu lagi berkompromi dengan kaki buli yang semakin membiak dalam kalangan masyarakat. Malah pelakon filem Jemputan Ke Neraka ini berkata, individu yang gemar membuli atau mengejek keperibadian seseorang, mempunyai masalah dalam diri mereka.

Kenyataan ini dikeluarkan Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khairedi selepas terkesan dengan tindakan netizen yang melemparkan kata-kata kurang manis kepada anaknya, Anais, 6, di media sosial. Saya seboleh mungkin tidak mahu mencurahkan minyak ke dalam api, namun nekad bersuara dan mengambil tindakan undang-undang supaya dapat memberi pengajaran kepada individu terbabit.

Individu yang suka melakukan perbuatan tidak baik seperti itu memang menunjukkan diri mereka bermasalah. Kalau saya layan atau marah, saya yang akan terpalit dengan masalah itu juga dan saya tidak mahu ia terjadi.

Saya dalam industri media sosial ini sudah 15 tahun, jadi saya tahu ‘permainannya’ dengan sangat baik. Tujuan mengambil tindakan undang-undang itu juga untuk mengekang orang ramai daripada melakukan perkara tidak baik seperti itu,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka terbitan AN Universal Sdn Bhd di The Starling Mall, Petaling Jaya, di sini semalam.

Bagaimanapun Sakinah berkata, dia tidak mahu bertindak sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan. Semalam, Sakinah menerusi entri di Instagram (IG) meluahkan kemarahan dengan sikap netizen yang membuli dan mengejek Anais berikutan tular sebuah video di aplikasi TikTok membabitkan anak tunggalnya itu bersama kakaknya, Sharifah Shahirah.

Sehubungan itu, Sakinah memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan ia tidak berlanjutan. Pada masa sama, Sakinah menjelaskan, dia lantang bersuara mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu ia menjadi barah dalam kalangan masyarakat, malah menganggapnya sebagai tanggungjawab.

Saya tidak akan membunuh atau membuatkan pelaku itu meringkuk dalam penjara, cuma apa yang dilakukan adalah untuk memberi ketakutan kepada mereka supaya tampil membuat permohonan maaf. Saya sudah lama tidak meluahkan emosi seperti itu di IG sebab keutamaan ketika ini adalah untuk mencari ketenangan. Kalau ada orang hentam memang saya tidak akan balas sebab ia akan lebih mengeruhkan keadaan.

Namun, apabila ada kejadian seperti ini, saya perlu bersuara untuk memberi amaran. Saya dan Anais tidak mahu menghabiskan masa dengan perkara seperti ini sebab kami sudah ada tujuan yang ingin dicapai dalam hidup. Sementara itu filem Jemputan Ke Neraka yang turut dibintangi oleh Janna Nick, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nik Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi dan Aleza Shadan bakal ditayangkan di 70 pawagam pada 22 Jun ini.

Ia memaparkan kisah sekumpulan rakan sekolah menerima jemputan ke perkahwinan Lisa di sebuah banglo mewah dan berdepan kejadian menakutkan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.