Hafidz Roshdi memaklumkan yang dia bakal menyertai pertandingan tinju.

 Pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan dia bakal menyertai pertandingan tinju yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai ini. Hafidz menerusi hantaran di Instagram juga sedang mencari mana-mana pihak yang sudi menajanya beberapa alatan persiapan sebelum pertandingan bermula.

Dalam hantaran itu juga dia berkata, antara alatan yang diperlukan adalah ‘Groin Guard Male’ (pelindung kemaluan) dan Mouth Guard (pelindung mulut). Pelakon Tundukkan Playboy Itu menegaskan dia akan menyekat mana-mana individu yang sengaja menghantar ‘Direct Message’ berunsurkan pelik kepadanya.

Hafidz mula aktif dalam sukan tinju sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadikan sukan itu sebagai hobi baru. Dia juga pernah menyertai beberapa pertandingan tinju bersama rakan artis yang lain. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi yang selama ini memilih untuk berdiam diri akhirnya tampil dengan kenyataan di Instagram, hari ini yang menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah pada 5 Mac lalu di Instagram.

Hafidz dalam kenyataannya itu mendakwa Nurul Shuhada mencanang fitnah dan kenyataan palsu mengenai keluarganya. Haifdz turut menyifatkan tindakan Nurul Shuhada itu melampau dan dia tidak boleh berdiam diri lagi. Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac lalu mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya. Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah.

Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan terbabit. Kini, keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman seluruh keluarga saya terjejas atas tindakan awak,” tulisnya.