Juruterbang dah dapat keizinan mendarat dekat Heathrow, Abang ipar Azhar Sulaiman dedah detik pemergian Pahamin Rajab

ABANGĀ ipar kepada pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan bapanya iaitu Datuk Pahamin Ab Rajab baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah haji di Makkah pada 7 Julai lalu sebelum terus berangkat ke London pada keesokan harinya. Armin Baniaz Pahamin, 51, berkata, mereka sekeluarga sempat menikmati makan malam bersama sebelum Allahyarham menaiki penerbangan ke London pada pukul 6 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).” Ayah balik daripada menunaikan haji pada Jumaat lalu. Kami sekeluarga sempat menikmati makan malam bersamanya,” katanya.

Armin berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang kongsi semula Azhar di Instagram miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Armin berkata, sewaktu penerbangan arwah pengsan di dalam tandas sebelum kru kabin dan doktor dalam pesawat cuba memberi bantuan kecemasan. “Kabin kru dan doktor cuba untuk menyedarkannya semula, mereka cuba lebih daripada satu jam. “Juruterbang juga sudah mendapat keizinan untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow lebih awal malah pasukan paramedik sudah menunggu tetapi sudah sampai masa dia pergi,” katanya.

Sementara itu, Azhar memaklumkan, jenzh Allahyarham akan diuruskan pada pagi Rabu (esok) dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell IG7 4 QP, London. Pada 9 Julai lalu, Pahamin, 77, meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London akibat serangan jantung. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.