Seorang penjaga zoo di Colorado, Amerika Syarikat membuatkan pengunjung tergamam apabila dia hampir dibaham seekor aligator ketika satu taklimat rutin mengenai aktiviti memberi makan haiwan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kakitangan Colorado Gator Farm, Chad, sedang memberi makan aligator bernama Elvis seperti biasa, namun haiwan pemangsa itu cuba menerkamnya di hadapan pengunjung. Dalam satu klip video, seorang pemandu pelancong didengar memberi taklimat ketika Chad menawarkan seekor ayam belanda kepada aligator berukuran 3.65 meter panjang dan seberat 272 kilogram itu.
Tindakan Chad melempar ayam belanda itu di hadapan Elvis seolah-olah menimbulkan kemarahan reptilia itu, lantas menyebabkan ia cuba menerkamnya.
Chad kemudian panik sebelum terjatuh ke bahagian belakang sebelum cuba menyelamatkan diri. Orang ramai kedengaran terkejut sebelum seorang pemandu pelancong cuba memenangkan Elvis. Seorang jurucakap taman itu berkata: “Apabila ayam belanda itu tidak jatuh ke dalam mulutnya, Elvis tertumpu pada tempat yang ada pergerakan.”- Agensi