Tercapai niat nak mengerjakan umrah, lepas menang Bell Ngasri kongsikan kisah suka duka sepanjang 37 tahun bergelar anak seni

NIATĀ untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bakal tercapai buat pelakon dan pelawak Bell Ngasri selepas menang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (APBH35) pada malam Jumaat. Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, berkata, sejak namanya diumumkan tercalon dia sudah memasang niat untuk ke Makkah meskipun tidak memenangi sebarang trofi. “Saya tak pernah cerita pada orang tapi apabila nama disebut-sebut sebagai calon, saya dah pasang niat dalam hati untuk mengerjakan umrah.

“Syukur niat tersebut tercapai apabila ia datang sekali dengan trofi kemenangan ini,” katanya. Selain membawa pulang trofi, Bell juga menerima tajaan pakej umrah sempena kemenangannya pada acara yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu. Mengimbau sepanjang 37 tahun bergelar anak sni, Bell memberitahu dia tidak pernah mengidam gelaran popular kerana baginya lakonan adalah punca rezeki dan komited terhadap kariernya. Malah dedah Bell, dia juga pernah datang ke lokasi penggambaran meskipun selepas terlibat dalam kejadian tak diingini di jalan raya selain masih bekerja pada hari pernikahannya.

“Orang tak pernah tahu di hari pernikahan dan persandingan sendiri pun saya masih bekerja malah tetap datang ke lokasi penggambaran selepas terlibat kejadian tak diingini. “Bagi saya itu komitmen dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi. “Sepanjang bergelar pelakon, saya tak pernah terfikir nak popular malah status bintang pun saya tak mahu,” katanya. Pada malam kemuncak ABPBH35, Bell turut memenangi kategori Artis Komedi Popular menewaskan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran. Kemenangan ini juga menjadi bukti bahawa penglibatannya dalam bidang seni bukan hanya dinilai menerusi watak utama mana-mana drama atau filem.

“Selama ini watak kecil pun saya ambil. Saya tidak pernah putus asa untuk berlakon sejak dulu. Rasa berbaloi ibu saya suruh terus berlakon sejak kecil. “Dalam pertengahan kerjaya seni, ada pengarah yang pernah mempertikaikan kononnya orang ‘ketot’ (pendek) macam saya tak boleh jadi pelakon. Trofi ini adalah bukti kepada mereka yang pernah berkata demikian kepada saya,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.