Usaha 37 tahun sebagai anak seni membuahkan hasil, Bell Ngasri luah rasa syukur sebab dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular

Pelawak dan pelakon Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35). Ketika ditemui, Bell berkata segala usahanya selama 37 tahun bergelar anak seni akhirnya membuahkan hasil. Malah, jelas Bell untuk memiliki anugerah tersebut juga merupakan salah satu daripada impian ibunya. “Bersyukur ke hadrat Ilahi, saya ingin ucapakn terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang nak sangat saya pegang trofi ini (Bintang Paling Popular).

Sepanjang 37 tahun dalam industri seni, akhirnya berbaloi dengan apa yang saya lakukan selama ini, tak sia-sia saya dengar cakap mak saya untuk berlakon sampai bila-bila. Impian ibu saya tercapai, tak pernah pun terfikir pasal popular. Bukan kata tak nak, saya sebenarnya tak perlukan popular. Tapi Allah bagi juga menang dengan izin. Bell berkata demikian ketika ditemui di sidang media ABPBH 35 yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat. Tambah aktor berusia 42 tahun, dia berharap dengan kemenangan tersebut dapat menjadi batu loncatan kepada rakan selebriti yang lain.

“Tak lupa juga kepada rakan artis, yang seangkatan dengan saya. Mereka boleh juga diangkat jadi bintang popular. Saya harap ini akan menjadi batu loncatan kepada mereka. Terima kasih kepada semua pengarah dah stesen TV yang bagi saya kerja walaupun pernah dipertikai badan pendek untuk jadi artis. Itu pernah melunturkan semangat saya. Kata-kata itu buatkan saya untuk tunjuk pada mereka yang saya boleh berdiri dengan orang-orang yang hebat. Apa pun saya tak pernah simpan dendam, saya sendiri suka bantu untuk naikkan orang lain dan kawan-kawan, tak pernah sikit pun dengki.”

Dalam pada itu, adik kepada pelakon dan pengarah Anne Ngasri berkata dia masih tidak percaya berjaya membawa pulang trofi utama sedangkan tidak memiliki kelab peminat. “Saya nak buat fan club tapi saya tak pernah belajar ke arah itu, kebanyakkan artis yang popular yang ada fan club, iya sebab peminat gilakan mereka. Terus terang saya cakap ada yang sampai nak tercabut jari, ada yang cakap penat dan ada yang bergurau guna jari kaki untuk mengundi saya. Malah ada yang cakap mereka tak pernah undi pun dalam ABP sebelum ini,  akhirnya Allah buka hati rakyat malaysia, memang tak sangka sebab saya tiada kelab peminat tiba-tiba dapat kemenangan ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.