Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular perkongsian individu yang mengeluarkan kontroversi membabitkan pelawak Shuib dan isterinya, Allahyarham Siti Sarah. Menerusi entri tular itu, individu tersebut mendakwa Shuib adalah salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason serta mengaitkan kematian Siti Sarah dengan agenda vaksin. Susulan tuduhan tersebut, Shuib berkata dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Memetik Kosmo, Shuib berkata fitnah dilemparkan itu sangat keterlaluan dan melampau apatah lagi ianya melibatkan pihak hospital yang merawat arwah isterinya. “Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau serta ekstrem kerana melibatkan arwah isteri saya, pihak hospital (HUKM) dan khasnya doktor yang terlibat. “Rasanya tak perlu saya beri komen yang panjang. Tunggu saja kenyataan dari pihak peguam saya,” katanya. Dalam perkongsian itu juga, individu itu mendakwa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin serta mengatakan Shuib tidak boleh ingkar meskipun perlu mengorbankan keluarga sendiri.
Sumber: rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.