Tak buat salah tapi nama kena petik, Zaki Yamani kongsikan Jamal Abdillah pun ada tegur dia

PENYANYI Zaki Yamani menjelaskan teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ciapan menyebut namanya menyebabkan hidup dia menjadi huru-hara. Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, berkata, bapanya yang juga penyanyi Datuk Jamal Abdillah turut salah sangka dengan kenyataan Anwar itu selain menegurnya agar tidak mencampuri urusan berkaitan politik. “Kepada pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini. “Siapa nak jawab bila ayah saya sudah sound saya,” katanya.

Zaki menjelaskan salah faham itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Pada malam Sabtu, Anwar memuat naik ciapan di Twitter miliknya meminta Zaki Yamani untuk membuat permohonan maaf dalam kadar segera. Individu yang dimaksudkan itu sebenarnya merupakan seorang pengguna Twitter yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di hospital. Menerusi ciapan sama, lelaki berkenaan berdoa agar Allah mengambil nyawa Hadi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Zaki terpaksa membuat penjelasan kerana menerima banyak pertanyaan daripada pengikutnya di laman sosial kerana menyangka dia individu dimaksudkan. “Sebab ramai yang DM tanya, twit ini bukan ditujukan kepada saya. Itu Zaki Yamani yang lain. Nama sahaja sama. “Sudah… jangan tanya lagi okay. Saya tidak ada buat salah apa pun,” jelasnya. Usaha kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zaki berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Pada Mei lalu, Zaki pernah berkongsi pentas dengan Anwar di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di Dewan Al Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu. Penyanyi berkenaan juga tidak menyangka dapat berduet bersama pemimpin nombor satu negara itu menerusi lagu Azizah. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.