Masya Masyitah muatnaik gambar tidak mengenakan hijab di laman media sosial beliau

Penyanyi, Masya Masyitah, 23, membuat kejutan apabila memuat naik beberapa gambar dia tidak lagi mengenakan tudung serta dengan gaya rambut berwarna seakan imej patung ‘Barbie’ di Instagram, hari ini.

Menerusi perkongsian dibuat Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff itu, secara tidak langsung ‘menoktahkan’ bualan dalam kalangan warga maya yang pernah mengecam penampilan pakaiannya sebelum ini.

Dengan kapsyen ringkas yang menggambarkan kekuatan semangatnya, Masya ternyata sudah bersedia menerima kecaman hebat daripada orang ramai terutama warganet yang mengecam tindakannya tidak bertudung itu. Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran anda harus lebih kuat daripada perasaan anda),” tulisnya menerusi kapsyen pada foto yang dimuat naik itu.

Sementara itu, di ruangan komen, sebagaimana dijangka Masya yang popular dengan lagu Halimunan itu dikecam. Namun, tak kurang juga yang memuji kecantikannya persis seorang ‘Barbie’. Member dah tak tahan, last-last (akhirnya) cabut tudung,” tulis seorang warga maya. Jom ler ramai-ramai ‘unfollow’. Semua da terbang,” tulis warganet. Siapa ni, cantik,” kata seorang pengikutnya.

Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu, minggu lalu menjadi tarikan ramai apabila berkongsi beberapa gambar ketika bermain badminton dengan memakai ‘hoodie’ sehingga mendedahkan bahagian lehernya.

Sebelum itu, Masya juga teruk dikritik netizen selepas menggayakan pakaian yang seolah-olah ke arah membuka tudung perlahan-lahan yang akhirnya kini menjadi kenyataan. Bagaimanapun, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Masya tidak berhasil apabila panggilan tidak dijawab dan mesej dikirim kepadanya juga tidak dibalas.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.