PELAKON Chacha Maembong mendedahkan dirinya sedang mengenal hati budi dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya ketika ini. Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 26, bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana masih belum ada kata putus mengenai hubungan tersebut. “Doakan yang terbaik untuk saya, siapa tak nak kahwin. Dalam keluarga ini semua dah kahwin tinggal saya dengan abang saya seorang itu.
“Saya tak nak cakap lebih berdasarkan pengalaman saya, bila dah betul-betul yakin nanti saya akan kongsi. Cuma sekarang ini kita simpan dulu. Sekarang ini pun saya masih lagi proses kenal-kenal,” katanya. Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pernikahan Shikin Maembong bersama penyanyi Cat Farish di Setapak, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Khamis. Berkongsi mengenai majlis perkahwinan kakaknya itu, Chacha memberitahu mereka sekeluarga mengambil masa seminggu untuk menyiapkan segala persiapan. Kata Chacha, kesibukkan penggambaran tidak menghalang untuknya sama-sama membantu membuat persiapan majlis berkenaan.
“Persiapan kurang dari seminggu sahaja, sejujurnya Emma yang uruskan dulu sebab saya ada shooting. Tapi saya ada bantu uruskan apa yang patut walaupun sibuk dengan penggambaran. “Tempat ini Emma dan Chacha yang pilih, tapi persiapan untuk semua majlis sebenarnya melibatkan semua ahli keluargalah. “Bila ada majlis kami memang akan tolong satu sama lain, bila kerjasama ini rasa dia lain. Penat dan susah senang sama-sama,” kongsinya. Malah, Chacha berharap apabila tiba hari bahagianya kelak, ahli keluarga akan turut sama membanting tulang membantu segala persiapan majlis.
“Saya harap majlis kahwin nanti mereka kena bergotong royong pula, InsyaAllah. Saya pun rapat dengan keluarga, mereka adalah kawan saya. Saya nak pergi bercuti nanti bila dekat-dekat tarikh nak kahwin, yang saya tahu semuanya dah siap waktu itu,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.