Pemergian Mat London tinggalkan kesan mendalam pada Datin Fadilah, rupanya Mat London sempat tulis nota terakhir

NOTA terakhir yang ditulis oleh Allahyarham Ahmad Ibrahim atau Mat London tinggalkan kesan cukup mendalam buat bekas isteri iaitu Datin Fadilah Mansor. Meskipun sudah lama berpisah, Fadilah, 65, berkata dia dan masih menjalinkan hubungan baik dan sempat merakamkan gambar bersama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. “Walaupun kami dah sudah berpisah namun hubungan masih baik disebabkan anak-anak. Kami selalu berhubung dan ketika raya sebelum ini dia ada minta untuk bergambar dengan saya.

“Sepanjang berada di hospital, saya hampir setiap hari melawat arwah. Namun ada suatu hari saya tidak berkesempatan dan dia bertanya kepada anak-anak kenapa saya tiada di sana. “Dia meminta pen dan kertas daripada anak-anak dan menulis ‘Love, Mama’. Selepas itu di ditidurkan dan saya tidak lagi dapat bercakap dengan arwah,” katanya. Allahyarham Mat London disahkan pergi menghadap illahi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 5.57 pagi Jumaat.

Arwah dimasukkan ke HKL sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan ditidurkan kerana keadaan kesihatan semakin teruk. Sementara itu, Fadilah mengakui kehilangan arwah pastinya memberi kesan yang amat mendalam buat dua cahaya mata mereka. “Apabila dapat panggilan dia sakit, saya terus ke rumahnya. Saya bawa bubur McDonald’s. Ketika itu saya katakan kepada dia untuk ke hospital namun dia enggan kerana menganggap hanya sakit biasa.

“Kehilangan arwah ini pastinya memberi kesan buat anak-anak kami. Bagi saya hubungan kami baik sahaja dan tidak ada masalah selepas berpisah,” ujarnya. Untuk rekod, Mat London mendirikan rumah tangga dengan Fadilah pada 18 Oktober 1989 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alia Farhani, 32, dan Faeesal Aswad, 29. Selain aktif berlakon dan bergelar pengarah, Mat London juga sebelum ini merupakan presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM). Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.