Kieda tanggung kerugian hampir RM10k, crepe terpaksa dibuang sebab peti sejuk tiba tiba rosak

MENJUAL makanan merupakan salah satu cabang perniagaan yang boleh membawa untung besar jika ia menepati selera pelanggan. Keuntungan tentunya lebih melimpah-ruah apabila bisnes yang diusahakan menjadi buah mulut orang dan viral di media sosial seperti usahawan dessert dari Pulau Pinang, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda. Namun di sebalik kejayaannya, Kieda tidak pernah lekang daripada dilanda ujian dan kontroversi. Terbaharu dia mengalami kerugian apabila apabila peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bekalan crepe rosak secara tiba-tiba.

Berita sedih itu diterima menerusi mesej di aplikasi WhatsApp oleh pekerjanya ketika Kieda bersama staf yang lain berada di Kuantan, Pahang. “Saya dapat makluman pekerja beritahu produk crepe rosak sebanyak 475 bekas. “Saya kerugian RM9,404. Tapi tak apa… mungkin ujian saya, tak ada rezeki. Dari Pulau Pinang ke Kuantan pun minyak habis. Macam-macam… banyak betul ujian. Tapi insya-Allah semoga Allah murahkan rezeki saya dan team. Ikhlas kami cari rezeki kerana Allah,” ujarnya. Kieda kini berada di Kuantan bagi meneruskan jelajah perniagaannya di Bazar Serambi Teruntum.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, pekerjanya dilihat membuang semua crepe pelbagai perisa yang sudah berlendir dalam tong sampah. Selain soal duit, pemilik jenama Kieda Crepe pastinya terkilan apabila mengenangkan usaha keras pekerjanya menyiapkan stok jualan menjadi sia-sia. “Sedihlah… makanan macam ni kan bersusu (punca rosak). Esok kita berniaga, kita all out dekat sini pula,” yang turut mengalirkan air mata kerana gagal menahan sebak lagi.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib Kieda dan mendoakan supaya wanita ini kuat menempuh ujianNya. “Bukan sebab duit ringgit tapi sebab guna tenaga buat crepe tu. Semoga Allah permudahkan urusan Kieda dan team. “Harap Kieda dan team kuat hadapi ujian ni. Allah nak bagi lebih lagi lepas ni. Percayalah RM10,000 tu Allah akan ganti dengan benda yang lebih berlipat kali ganda tak disangka-sangka,” komen warganet memberikan kata-kata semangat.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.