Lama dah tak muncul dekat sosial media, sekali bentuk dagu Rina Harun pula jadi bualan warganet

Bekas Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Harun pernah mendapat perhatian apabila berjaya menurunkan berat badan sehingga kelihatan semakin muda dan cantik. Selepas lama tidak kelihatan di media sosial, beliau sekali lagi menjadi perbualan apabila tampil memberikan ucapan bersempena dengan awal Muharram di media sosial. Ramai yang perasan sedikit perubahan di wajahnya dan mengatakan ada yang berbeza pada bahagian dagu berbanding wajah sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji penampilan Rina Harun yang semakin cantik sama seperti diawal kemunculannya dengan imej baharu. Namun ada juga merasakan dia sedikit berisi berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu. Untuk rekod, Datuk Seri Rina Harun merupakan bekas Menteri Wanita dan Keluarga di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2020. Sebelum ini, beliau juga adalah Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Namun, pada PRU 14, beliau yang bertanding di Sepang telah kalah kepada calon dari parti Pakatan Harapan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.