Nama kena petik sebab hutang dengan bekas isteri RM10k, ini pula penjelasan dari Cat Farish

Penyanyi rap, Cat Farish menafikan dakwaan yang mengatakan dia berhutang dengan bekas isterinya berjumlah RM 10,000. Menurut Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48, dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan wang yang dimaksudkan itu merupakan duit kenduri kahwin bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan. Jelas Cat, sekiranya ada isu yang timbul dia terbuka untuk berjumpa dan berbincang. “Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila berpisah ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku.

Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda. Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir daripada dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun fasal hutang. Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyataan itu.” Cat berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual bersama Melodi, baru-baru ini. Dalam masa sama, anggota kumpulan Ruffedge itu akui terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya.

“Saya tak rasa pun statement yang dikeluarkan ditujukan kepada saya, yang saya tahu tiba-tiba orang tanya saya dan kaitkan nama saya. Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh saja WhatsApp tak perlu nak berangin, tak habis-habis nak meributkan keadaan.” Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah berpisah pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Cat kemudian berkahwin sekali lagi dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Dalam pada itu, Cat bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan Shikin Maembong pada 13 Julai ini dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di sekitar ibu kota. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.