Peminat suka bandingkan dengan artis lain, Ernie Zakri akui rimas dengan sikap macam ni

PENYANYI Ernie Zakri kekal tenang meskipun perlu berdepan dengan peminat fanatik selebriti lain yang gemar membandingkan dirinya dengan artis kegemaran mereka. Mengakui ada kalanya rimas dengan tindakan itu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, bagaimanapun berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana menyedari ada antara peminat itu masih muda. “Rimas memang rimas tapi kasihan pun ada, saya rasa macam sudah-sudahlah, kenapa nak buat perbandingan dan pergdhn?

“Tapi bila fikir balik, saya anggap ia perkara yang biasa kerana setiap orang ada kebebasan menulis dan mereka akan sentiasa bercakap. Saya tak boleh nak hentikan perkara itu. Apa yang saya boleh buat cuma balas semula dengan benda yang baik sebab kita tak tahu yang buat itu kadang budak-budak baru 16 atau 17 tahun,” katanya kepada pemberita. Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Ernie Zakri Singing Ceremony yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Ernie juga menganggap peminat yang agresif itu hanya ingin mempertahankan penyanyi kegemaran mereka. Namun dia meminta agar peminat berkenaan tidak tinggalkan komen yang boleh menyakitkan hati orang lain. “Kalau dulu saya dapat komen-komen macam itu mungkin rasa tak seronok. Tapi bila fikir balik, peminat sebenarnya menyayangi penyanyi mereka. “Saya tak kisah kalau mereka nak pertahankan penyanyi mereka tapi kalau sampai caci maki saya tak rasa ia bagus.

“Apabila saya rasa ia keterlaluan baru saya kata… sebab media sosial saya bukan untuk kongsi kerjaya sahaja tapi berkomunikasi dengan peminat,” katanya lagi. Kata Ernie, tindakan peminat itu seolah-olah membuang masa dan tenaga kerana hubungannya dengan rakan artis lain dalam keadaan baik. “Saya ini kadang kasihan dengan peminat, mereka tak tahu kita ini ada hubungan baik dengan rakan-rakan artis. Alhamdulillah. Mereka ini peminat yang terlalu bijak sehingga sanggup buang tenaga dan buat sakit hati sendiri sedangkan kita dengan penyanyi itu baik saja.

“Peminat seperti itu adalah normal cuma penyanyi itu sendiri yang kena pilih nak jadikan ia sebagai apa. Kita nak jadi macam mereka atau sebaliknya,” ujarnya. Sebelum ini, Ernie tercalon dalam senarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35. Namun disebalik kegembiraan penyanyi berkenaan terdapat warganet yang seolah-oleh menyindir Ernie dengan menyatakan hanya ahli keluarga sahaja yang mengundi dirinya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.