Ank selitkan lagu JDT dalam doa, gelagat anak Eyra Hazali buat warganet terhibur

Ciapan terbaharu di laman Twitter milik pelakon Eyra Hazali yang berkongsi telatah anak sulungnya Hayder Qalish telah jadi perhatian wargamaya. Menerusi ciapan tersebut, Eyra berkongsi momen lucu yang terjadi ketika dia dan anaknya itu sedang berdoa selepas mereka bersama-sama mendirikan solat. Kongsi Eyra, ketika menadah tangan, Hayder pada mulanya mengikut setiap doa yang dipintanya kepada Tuhan.

Namun, secara tiba-tiba anak kecil berusia tiga tahun itu menyelitkan lagu kelab peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam doanya. Telatah Hayder telah berjaya mencuit hati ramai warganet. Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terhibur dengan perkongsian tersebut. Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang berseloroh mengatakan Hayder telah ‘terpengaruh’ dengan bapanya Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol pasukan JDT. Untuk info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada November 2019. Mereka dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Hayder Qalish, 3, dan Muhammad Endra Haqimie yang kini berusia setahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.