Teruk kena kritik dengan warganet pasal isu bersentuhan dengan penyanyi baru, Hawa Rizwana tampil buat permohonan maaf

BERSENTUHAN tangan dengan personaliti media sosial yang juga merupakan penyanyi baharu iaitu Sid Murshid dalam satu rakaman video, pengacara Hawa Rizwana menerima kritikan warganet. Rata-rata peminat berasa kurang senang dengan tindakan spontan Hawa itu dilihat kurang sesuai dengan imej berhijab dibawa olehnya. Menjawab mengenai perkara itu, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28, berkata, dia menganggap teguran peminat itu tanda mereka masih menyayangi dirinya.

Dia juga dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan itu.”Saya hargai keprihatinan yang menegur. Saya bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya. “Saya juga ingin meminta maaf atas kekhilafan ini,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Hawa berjanji akan lebih menjaga batas pergaulan dengan mana-mana lelaki selepas ini. “Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga kesopanan dengan sesiapa pun yang saya bergaul selepas ini,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, video memperlihatkan Hawa bersama Sid Murshid atau Murshid Mahmud, 30, bersama-sama menyiapkan menu nasi goreng tular di aplikasi Instagram. Dalam video berkenaan, Hawa memberikan tepukan¬†‘high five’¬†dengan Sid Murshid, sekaligus mengundang kritikan warganet berikutan pengacara program MeleTop ini terkenal dengan imej muslimah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.