Pelakon Anna Jobling menafikan dakwaan kononnya dia berblah dengan aktor, Meerqeen. Menurut Anna, tidak wujud sebarang pertelingkahan atau konflik antara mereka berdua. “Kami rapat je, sebab saya rasa apa yang ditunjukkan di media sosial hanyalah 5 peratus daripada kehidupan saya. Jangan percaya pada semua yang anda baca di internet. Kami sebenarnya okay sahaja,” ujarnya ringkas. Sementara itu, Meerqeen ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Anna Jobling dinobatkan sebagai BBNU Wanita Popular dan juga Aktres TV Popular. Pasangan ini juga turut menerima Anugerah Couple TV Popular. Terdahulu, terdapat desas-desus mengatakan bahawa hubungan Anna dan Meerqeen berantakan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.