Inspektor Sheila dedah nak kan lelaki yang kurus, tak boleh berdiam ini pula respon dari Iqbal

Tidak lama dulu, pegawai polis berpangkat inspektor yang dikenali sebagai Inspektor Sheila atau nama sebenarnya, Sheila Sharon Steven Kumar, 35, ada memuat naik hantaran di Facebook meluahkan keinginannya dalam mencari jodoh. Dia yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi telah menerima banyak respon daripada warganet termasuklah pempengaruh, Iqbal Zulkifli yang berkenan menjadikannya sebagai suri hati. Menerusi satu wawancara dengan Berita Harian, Inspektor Sheila mendedahkan beberapa ciri lelaki yang disukainya. Antaranya mereka tidak seharusnya kacak tetapi bonus jika dapat mengubahnya dari tegas menjadi manja.

“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka ‘handsome’ (kacak) tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka (lelaki) jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja,” katanya. Antara kriteria lain yang disenaraikannya dalam mencari pasangan adalah lelaki tersebut mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita. “Lelaki itu kena ‘fit ‘(cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

“Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana saya ada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada ‘standard’ (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia. Sebenarnya, saya ada berkenalan juga dengan ramai lelaki Melayu dan ramai yang ‘sporting’ malah saya terbuka saja. Cuma, saya belum jumpa lelaki yang sesuai malah setakat ini tiada lagi yang lepas saringan. Sebab itu saya memilih jadi bujang dan kalau ‘single’ solo seumur hidup pun saya ‘happy’ (gembira) saja,” katanya.

Tambah Sheila lagi, dia nekad mencari pasangan secara terbuka di media sosial baru-baru ini selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan yang dia berstatus bujang. Dia juga pada masa yang sama tak sangka percubaannya itu telah mendapat banyak komen dan mesej di platform berkenaan. Namun buat masa ini dia belum membalas atau menerima pelawaan untuk temujanji dengan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan dengannya.

“Selepas tular cerita mengenai status saya yang bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya. Disebabkan pening dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka. Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi yang menetap di negara ini,”  katanya. Sheila yang merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Major Bahasa Inggeris dan Minor Bahasa Itali lulusan Universiti Malaya (UM).

Sejak kisahnya tular, dia juga telah menerima pelbagai tawaran untuk sertai sesi ‘live’ di media sosial dan jumlah pengikutnya di FB juga meningkat daripada 8,400 ke 16,000. Banyak tu! Pendedahan Sheila ini telah menerima respon Iqbal Zulkifli di ruang komen yang menyatakan kekecewaannya kerana tidak dapat menepati ciri-ciri lelaki idaman pegawai polis itu.

Alamak saya gemuk Inspektor tiadakah peluang untuk saya? Cikgu Bahasa Inggeris sata cuti hari ni. Can use Google Translate?” katanya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.