Belum habis lagi isu Boss Kay dan bekas isteri, kali ni bekas isteri kedua terjah dia dekat parkir sebab nak serah surat mahkamah

Masalah rumah tangga influencer terkenal, Boss Kayy dan juga bekas-bekas isterinya kerap kali mendapat perhatian ramai. Terbaru, bekas isteri keduanya, Nor Sufiia Johari telah merakam video sewaktu ‘menerjah’ Boss Kay bagi menyerahkan surat mahkamah kepadanya. Difahamkan, dia telah menerjah guru TikTok itu di kawasan parkir sebuah pusat perniagaan. Namun, apa yang tidak disangka-sangka adalah tindakannya itu turut dapat dilihat oleh pengikut Boss Kay di TikTok memandangkan kedua-duanya sedang membuat siaran langsung. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi siaran langsung tersebut, Boss Kay mengatakan kepada pengikutnya yang dia tidak kenal Cik Pia dan menutup tingkap kereta sebelum menggelar wanita itu psiko. Tak lama selepas itu, dia telah berlalu pergi tinggalkan bekas isteri yang masih membuat live di TikTok. Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut memandangkan Cik Pia mengatakan yang bekas suami telah berlalu pergi selepas dia menerjah lelaki berkenaan. Ibu kepada dua orang cahaya mata itu hanya memaklumkan yang kereta dipandu bekas suami adalah kenderaan sewa.

Untuk rekod, Boss Kay dan isteri, Tash Yong telah tular pada minggu lalu apabila bekas isteri pertama influencer berkenaan memaklumkan yang anak mereka telah disekat di aplikasi WhatsApp sehingga menangis kerana gagal menghubungi lelaki itu. Namun, perkara tersebut telah dijawab dengan jelas oleh Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz menyatakan yang dia terpaksa berbuat demikian kerana nombor telefon anak mereka telah disalah guna bekas isteri untuk menyerangnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.