Kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad ke Malaysia baru-baru ini sememangnya jadi perhatian ramai apabila Dataran Merdeka dipenuhi 10,000 orang yang hadir mendengar ceramahnya. Bukan itu sahaja, beliau juga telah memberikan beberapa lagi ceramah di lokasi tertentu dengan dihadiri ramai tetamu dari pelbagai status sosial. Walau bagaimanapun, pendakwah asal Batubara itu telah pun pulang ke Indonesia dengan menaiki jet peribadi.
Hal tersebut dikongsikan TikTok sahabatbatuaschannel yang memuat naik momen keberangkatan pulang pendakwah terbabit sambil diiringi orang kenaman dan kenalan rapat dari Malaysia. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan jet peribadi terbabit dari syarikat Weststar yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Difahamkan, Ustaz Abdul Somad turut menaiki pesawat tersebut di Malaysia sewaktu ingin pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Klik sini untuk lihat video.
Warganet yang melihat posting tersebut telah tinggalkan komen dengan mengucapkan ribuan terima kasih Tan Sri Syed Azman kerana memberikan pengangkutan yang baik kepada ustaz kesayangan ramai itu. Mereka juga mendoakan agar pendakwah berkenaan dan juga pemilik syarikat jet peribadi terbabit terus diberi kesihatan yang baik serta diberkati oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengatakan sama ada jet peribadi itu ditaja sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tersebut ataupun disewa khas seseorang khas untuk pengangkutan Ustaz Abdul Somad.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.