Perempuan memang tak pernah salah, tular video wanita bersusah payah nak isi minyak buat ramai yang geram

BENARLAH ungkapan yang biasa dicanang iaitu ‘orang perempuan tidak pernah salah’ walaupun terbukti mereka yang melakukan sesuatu kesilapan itu. Jika sebelum ini tular video memaparkan aksi kelam kabut seorang wanita yang mengisi minyak petrol dengan ‘menyumbat’ dua jenis nozel ke tangki minyak keretanya, terbaharu, kejadian yang hampir sama turut tular di media sosial. Menerusi rakaman video dimuat naik seorang individu di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, kelihatan seorang wanita mengalami kesukaran ketika mengisi petrol ke dalam keretanya yang diparkir di luar kotak bersebelahan pam minyak. Klik sini untuk lihat video.

Dia dilihat bersusah payah menarik nozel untuk dimasukkan ke dalam tangki namun tidak berjaya memandangkan hos tidak cukup panjang gara-gara keretanya yang diparkir di luar kotak. Selepas mengembalikan nozel ke pam, dia masuk ke dalam keretanya, sebuah Perodua Axia, dan cuba mengalihkan kenderaan tersebut untuk memudahkannya mengisi petrol kali kedua. Apa yang menghairankan, dia mengalihkan keretanya dalam kedudukan kenderaan tersebut membelakangkan pam dengan harapan agar tangki minyak lebih dekat dan mudah dicapai.

Namun langkah tersebut tetap menemui kegagalan kerana keretanya masih jauh daripada pam minyak. “Dua orang berbeza. Dua tempat berlainan. Tetapi jantina yang sama. Sebab tu perempuan perlukan lelaki. “Sorry, nozel pendek sangat. Salah stesen minyak tu sebab nozel pendek,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian tersebut. Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan lokasi dan waktu kejadian tersebut dirakam. Video berdurasi sekitar 29 saat itu berakhir tanpa mengetahui kesudahan situasi yang dilalui oleh wanita berkenaan, sama ada dia berjaya mengisi minyak petrol ke dalam keretanya atau sebaliknya.

Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya terhadap situasi berkenaan. “Selepas ini driving school (sekolah memandu) kena buat training (latihan) untuk isi minyak. “Saya memang tak pandai pandu kereta tapi Alhamdulillah masih tahu macam mana nak isi minyak dan tahu warna nozel untuk petrol Ron95, Ron97 dan diesel. “Apa benda ni? Sis bendul sangat ke sampai tak boleh nak park kereta rapat ke pam minyak normal macam kereta orang? “Mungkin nak buat content, tapi memang ada perempuan jenis bimbo (cantik tapi kurang bijak) macam ni,” demikian antara komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.