Terusan Panama hadkan laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut.

Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Buat masa ini, hanya 32 kapal sehari dibenarkan melalui laluan itu, umum pihak berkuasa pada Selasa.

Sebelum ini, jumlah harian penghantaran dikurangkan kepada kira-kira 36 laluan kapal.

Terusan Panama sepanjang kira-kira 80 kilometer adalah satu daripada laluan air terpenting di dunia yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik di Amerika Tengah.

Kekurangan hujan dan peningkatan suhu mengakibatkan paras air Tasik Gatun surut, menjejaskan kapal untuk melalui laluan itu. Menurut jurnal perkapalan Lloyd’s List, draf maksimum (sejauh mana kapal berada di dalam air), kapal dibenarkan melalui terusan telah dikurangkan kepada 13.4 meter berbanding paras kebiasaan 15.4 meter.

Selain musim hujan yang sudah bermula dan langkah-langkah untuk menjimatkan air, langkah tambahan perlu diambil, kata Pihak Berkuasa Terusan Panama.

Sekatan itu mungkin mengakibatkan masa menunggu yang lebih lama. Kira-kira 14,000 kapal belayar melalui Terusan Panama setiap tahun, menyumbang kira-kira enam peratus daripada perdagangan dunia.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.