Paling rapat dengan abah, sebak tengok reaksi pakcik ni menangis bila kucing kesayangan pergi menghadap illahi

Pemergian binatang peliharaan merupakan satu mimpi buruk bagi mana-mana pencinta haiwan. Kesedihan yang dilalui sukar digambarkan dengan kata-kata. Begitulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila kucing kesayangannya ‘pergi’ buat selama-lamanya. Momen lelaki berkenaan gagal menahan sebak ketika mengebumikan bangkai kucingnya yang bernama Louis dikongsikan pengguna TikTok Mattop_55. “Kucing kesayangan abah pergi menghadap illahi. Abah banyak kali minta maaf sambil kebumi Louis. “Louis tunggu abah dekat sana untuk iring ke syurga okay,” tulis lelaki itu dalam video memperlihatkan bapanya berkali-kali mengesat air mata. Klik sini untuk lihat video.

Turut kedengaran suara tangisan teresak-esak beberapa individu lain dipercayai ahli keluarga mereka ketika menanam Louis. “Doakan abah Loius ya,” kedengaran sayup-sayup suara si bapa dalam video. Sementara itu kata Mattop, pemergian Louis tidak dapat dikenal pasti namun lidahnya dikatakan bertukar biru dan nafasnya menjadi laju secara tiba-tiba. Atas nasihat doktor, mereka membawa si bulus mendapatkan rawatan di klinik namun tidak sempat diselamatkan kerana Louis pergi ketika dalam perjalanan.

Berkongsi lanjut tentang hubungan bapanya dengan kucing peliharaan itu, Mattop berkata haiwan itu menjadi peneman setia dan penghibur mereka di rumah. “Louis selalu cari abah. Abah balik masjid lepas selesai solat Subuh, Louis merupakan yang pertama sambut kepulangan abah,” katanya dalam video tersebut. Untuk rekod, video tersebut meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik di TikTok. Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan kehilangan Louis.

Malah mereka turut tersentuh dengan momen ketika si bapa mengebumikan kucing berkenaan. “Abah relaikan pasir halus-halus supaya tak sakit timpa badan dia (Louis). Sumpah tak kuat kalau bab kucing. “Manja sangat dengan abah dia. Patutlah sedih sangat rupanya rapat betul. “Sakit kehilangan kucing ni Allah je tahu,” demikian antara komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.