Pasti semua sedia maklum pempengaruh media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sudah pun mengenakan hijab pada awal tahun ini. Terbaharu, isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim ini berkongsi perasaannya setelah enam bulan berhijab di Intagram miliknya. Menurut Maryam, pada awalnya ramai yang tersalah anggap dan menyangka dirinya berhijab kerana terpaksa. Namun, lama-kelamaan tanggapan itu hilang selepas melihat Maryam gembira dengan perubahan dirinya.
Beliau meluahkan rasa syukur apabila keluarga, rakan-rakan muslim dan non-muslim mengubah persepsi mengenai penghijrahannya. “Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan-kawan Maryam muslim and non muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah. Tapi Maryam pun baru saja pakai tudung enam bulan sejak Januari. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan Maryam even non muslim pon slowly nampak dan rasa hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian.
Bermacam jenis cara kita boleh memakainya.. slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and other followers rasa hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua!,” tulisnya. Menjengah ke ruanga komen, ramai turut bergembira dengan kisah penghijrahannya dan berharap agar pempengaruh berasal dari Korea Selatan ini akan terus memakai hijab dan menjaga auratnya dengan sempurna. Sebelum ini, Maryam ada berkongsi pernah menolak tawaran photoshoot apabila diminta untuk membuka tudungnya oleh sebuah jenama terkenal meskipun ditawarkan bayaran lumayan.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.