Ada individu cakap dia kurang beradab dengan pekerja hotel, tak boleh berdiam ni pula pengakuan dari Asyraf Khalid

Tiada angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut warganet sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab. Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering ‘propa’ dan berlakon alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar. “Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai dorang ni macam mana. Dekat media sosial acah-acah baik, alim. “Dengan staff hotel rude nak mt. Bini sama, laki pun sama. CTDK ok jer, friendly lagi. Mamat ni dengan bini dia over pulak,” katanya.

Asyraf ketika dihubungi berkata, selagi mampu, dia cuba untuk menjaga hati semua orang yang ditemuinya. “Kalau setahu saya, saya cuba lah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi kalau secara tak sengaja tak tau lah. “Tapi kalau saya ada terguris hati sesiapa tanpa sedar, saya minta maaf lah,” katanya ringkas. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.