Maryam luah rasa sedih bila nak hantar ibu balik ke Korea, tak sangka ibu siap bawa balik telekung untuk belajar solat kat sana

Influencer terkenal, Maryamyunrrr telah berkongsi momen bersama ibunya sewaktu wanita itu datang ke Malaysia untuk menziarahi anak perempuannya. Menerusi muat naik Maryam di Instagram, dia mengakui berasa hiba sewaktu menghantar ibunya untuk kembali pulang ke Korea Selatan selepas beberapa waktu berada di Malaysia. Menurut isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, sejak tiga tahun berada di Malaysia dan menjadi seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, dia akui lebih banyak menghabiskan masa serta mencurahkan kasih sayang kepada anak. Klik sini untuk lihat video.

Namun, dia baru menyedari bahawa dia sebagai anak perempuan tunggal turut rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, kehadiran ibu ke Malaysia sedikit sebanyak membuatkan dia berasa disayangi. Paling jadi tumpuan sudah tentu layanan Maryam yang turut membawa ibunya solat di masjid dan menghadiahkan telekung kepada wanita itu. Menurutnya lagi, ibu tersayang mahu membawa telekung tersebut pulang dan mahu perlahan-lahan belajar solat di Korea nanti. “Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi,Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulisnya.

Maryam juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan ibunya yang telah pun berangkat untuk pulang ke negara asal. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqomah dalam perubahannya nanti. Walaupun ramai yang tertanya-tanya tentang agama ibu influencer tersebut, namun mereka tetap menghormati pegangan masing-masing dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi. Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.