Matin merajuk sebab keluar dengan Talita, ramai yang puji cara layanan Watie pada ank tiri

KEMESRAAN dan layanan baik isteri kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya menerima pujian warganet. Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut. Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita. “Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak… biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja. Klik sini untuk lihat video.

“Matin kenapa awak nak merajuk… Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk,” katanya. Dalam rakaman itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama. Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi menangis menunjukkan rasa tidak puas hati. “Janganlah menangis… Dia merajuk sekarang.Mummy menyanyi dengan awak pula.

“Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama,” pujuk Watie. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang insan bernama ibu. “Alhamdulillah, anak-anak Allahyarham sudah mendapat semula tempat bermanja dan kasih sayang seorang ibu… Terima kasih dan tahniah buat Watie. “Pasti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kasih sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.

“Dia (Matin) cemburu. Ala comelnya… seronok sangat tengok anak-anak gembira dapat kasih sayang mummy,” tulis warganet. Sebelum itu, Watie berkongsi rakaman video dia bersama Talita sedang berada dalam kereta menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian ST12. Selepas menyanyi bersama, Watie memeluk dan mencium kanak-kanak perempuan itu. Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.