Selepas hampir 20 tahun menjual nasi ayam dengan harga RM1.90, seorang peniaga akhirnya akur dengan kegawatan ekonomi dan menaikkan harga jualannya kepada RM3. Namun begitu, peniaga yang mengusahakan sebuah kedai nasi ayam di Besut mendakwa mereka teruk dkritik kerana menaikkan harga jualan. Menerusi hantaran yang dimuat naik Suhaida di TikTok, wanita ini mengakui sedikit terkilan dengan segelintir pelanggannya yang mengkritik kenaikan harga tersebut. “Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90 namun dengan ekonomi sekarang kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3. Klik sini untuk lihat video.
Namun masih ada yang kecam dengan harga RM3 tu, kadang rasa down untuk berniaga. Korang rasa mahal lagi ke harga tu?” Tambah peniaga itu lagi, kualiti makanan mereka masih sama meskipun harga naik. “Walaupun harga nasi ayam kami RM3 tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.” Di akhir hantaran tersebut, Suhaida tetap bersyukur kerana masih ada yang terus menyokong perniagaannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan harga yang dikenakan peniaga berkenaan sudah cukup murah jika dibandingkan dengan harga peniaga yang lain. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.