Tak sia sia dia berjimat, Bonda Rozita dedah beli rumah yang ada 7 bilik di London

Semua orang mempunyai impian dan cita-cita mereka yang tersendiri dan sudah pastinya ramai yang inginkan rezeki melimpah ruah. Terbaru, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita berkongsi di Instagram miliknya bahawa dia sudah pun membeli sebuah rumah di Kota London yang mempunyai 7 bilik. Usahawan kosmetik yang juga ibu kepada Datuk Aliff Syukri itu berkongsi rumah agam itu merupakan hadiah kepada dirinya sendiri dan ianya adalah hasil daripada berjimat-cermatnya selama ini.

“Tak sape tau masa depan, kita xboleh memilih ujian apa Allah nak bagi, sebelum menuju kejayaan bonda dah biasa susah, orang hina2 sy xmelawan pun walau sy seorang yg sgt berani.. Penat layan sikap manusia ” sy diam & pergi “. Sy berjimat2 dgn emosi perasaan, kewangan, keinginan dan kesihatan badan.. Rumah ni hadiah pd diri sy sendiri. sy xda kemewahan hanya ada ini saja – sy beli Hutang je pun , bukan beli cash pun. Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending. Accept the Pain — get ready for Success..

Bonda xpernah cuti, sy sedang membina team walau sgt sukar.. Sy Dah tua sy nak kurangkan aktiviti bisnes. Sy suka banyak travel tapi versi berjimat.. sy bawa staf sy – sbb mereka adalah sahabat terbaik hidup sy. Sy meninjau peluang property disana .. Sy nak rehatkan diri dgn anak2 dan staf menghargai mereka sebagai anak2 sy juga. Minggu ni sy terbang ke London Insya Allah sy plan buat bisnes disana dlm property di Birmingham pula. Rumah bonda di London 7 bilik, hanya 15 minit heatrow airport, euro star station sgt dekat dgn rumah bonda ke Kota London hanya 15 minit saja”

Dia juga berkongsi bahawa dia tidak pernah bercuti dan sedang membina team untuk menyambung legasinya dalam perniagaan oleh kerana usianya yang sudah meningkat, dia mahu mengurangkan aktiviti bisnes. Selain itu, Bonda Rozita juga berkongsi dia sedang merancang untuk menceburi bidang hartanah di Birmingham pula. Rumah yang dibelinya itu difahamkan berada di lokasi yang strategik di mana ianya hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Heathrow dan Euro Station.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.