Perlu menjaga batas sebagai anak seni, Mk KClique akui sedar kini dah jadi suami orang

Penyanyi rap, MK K-Clique memaklumkan dia perlu lebih berhati-hati dan menjaga batas sebagai anak seni apatah lagi sudah mendirikan rumah tangga. Menurut laporan Utusan, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia mengambil maklum tentang had yang perlu dijaga supaya tidak melanggar batas. “Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas. Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi semestinya saya akan jaga perkara itu,” kata ahli kumpulan K-Clique itu.

Untuk rekod, penyanyi berusia 27 tahun itu sah menjadi suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dalam satu majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 16 Jun lalu. Kisah perkahwinan MK menjadi bualan ramai di media sosial dimana rata-rata senang melihat personaliti isterinya yang sopan santun serta sejuk mata memandang. Meskipun bergelar anak Datuk Seri, netizen menyifatkan Siti Hajaar seorang yang merendah diri kerana dilihat sering tampil bersederhana dengan hanya memakai jubah atau abaya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.