Namie luah rasa syukur rezeki dalam bidang seni terbuka luas, tinggalkan kerjaya guru adalah keputusan yang tepat

SETAHUN tinggalkan kerjaya sebagai seorang pendidik, pelawak Namie meluahkan rasa syukur apabila rezekinya dalam bidang seni semakin terbuka luas. Selepas mengambil keputusan untuk serius dalam industri seni, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 27, berkata dia menerima banyak peluang dan tawaran kerja dalam bidang ini. “Apa yang boleh saya katakan Allah beri saya rezeki dalam setahun ini, setiap hari ada job. “Alhamdulillah, saya pun tak tahu apa kebaikan yang saya telah buat sampai banyak rezeki diberi,” katanya.

Dalam pada itu, Namie berkata keputusan untuk tinggalkan kerjaya guru itu tepat kerana dia kini boleh memberikan fokus terhadap karier seni yang semakin berkembang. Namie bagaimanapun sentiasa mengingatkan diri di sebalik rezeki yang datang itu juga boleh menjadi ujian buat dirinya. “Bagi saya keputusan yang saya buat ini satu berani mti juga tapi rahsia Tuhan itu saya tidak tahu. “Tapi inilah ketentuan Allah, lagi pun keputusan yang saya buat ini bukannya saya fikir sehari dua tapi sudah bertahun-tahun.

“Sewaktu saya belum kahwin lagi… bila dah kahwin saya bincang pula dengan isteri. Dia yang memahami. “Tapi bagi saya rezeki kadang boleh jadi ujian buat kita juga… sama ada buat kita lupa diri atau lain-lain,” katanya lagi. Meskipun telah merasai kemanisan sebagai anak seni, Namie berkata dia turut berdepan dengan kepahitan sepanjang bergelar penghibur. Selain kritikan yang terpaksa dilalui, dia juga perlu melayani kerenah orang sekeliling yang cuba untuk mendekati demi kepentingan.

Dia bagaimanapun cuba melakukan yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang selebriti ketika ini. “Bagi kepahitan dalam dunia hiburan setakat ini… kritikan itu masih lagi ada cuma terang atau tidak sahaja. “Bukan itu sahaja, saya juga berdepan dengan manusia yang dulu biasa-biasa tapi bila kita dah macam ini, dia pula nak makin rapat dengan kita. Bagi saya itu juga ujian dan melatih saya untuk biasakan diri dengan perkara-perkara itu.

“Saya akui agak kekok sebab sebelum ini tak pernah bertegur dengan mereka tapi tiba-tiba ditegur macam dah kenal lama pula. Tapi tak apa… saya akan cuba layan semua orang sama rata. Takkan kita nak sombong diri pula,” jelasnya. Pada September tahun lalu, Namie mengumumkan dirinya bukan lagi seorang guru malah telah tinggalkan kerjaya tersebut sejak Mac 2022. Kata Namie keadaan mental dan fizikalnya bertambah baik selepas membuat keputusan tinggalkan kerjaya guru itu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.