Sempena ulang tahun kelahiran Marissa, Norman Hakim imbas kembali momen sambut ank masa isteri lahirkan dalam kereta

Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-18, pelakon, Norman Hakim berkongsi semula momen yang tidak boleh dilupakan olehnya dan bekas isteri, Abby Abadi. Menurut Norman, anak gadisnya itu dilahirkan di dalam kereta. “18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah.”

Selain berkongsi momen tersebut, Norman turut memberitahu bahawa Marissa merupakan anak yang solehah, bijak dan sangat berdikari. Sebagai seorang bapa, Norman berkata dia sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa untuk semua anak-anaknya. “Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa. Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi.”

Di akhir perkongsian, Norman berharap anaknya itu sentiasa berada dibawah lindungan Allah. “Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran ke-18 adik. Mohon Allah sentiasa lindung adik dengan rahmat dan kasih sayangNya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.