Raja Atiq kena kritik teruk dengan warganet sebab tayang badan, tak boleh berdiam sekali ini pula pengakuan dari tuan badan

Susulan terpalit dengan isu kontroversi selepas memuat naik posting yang didakwa menayang badannya di akaun Instagram, pelakon Raja Atiq telah bersikap terbuka kepada semua pihak yang ingin menegur kesilapannya. Menurut Atiq, dia telah memerhati teguran orang ramai yang tidak mencerminkan diri seolah-olah mereka tidak pernah buat sebarang dosa serta Atiq mengingatkan orang lain agar teguran tidak dibuat bersama unsur hinaan. “Pertama sekali nak cakap terima kasih pada yang tegur Atiq, tak salah dipersilakan. Keduanya, cara nak menegur bukan menghina, cakap orang tak ada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa kau komen begitu?” katanya.

Tambah Atiq, sepatutnya orang ramai mendoakan yang terbaik buat individu tersebut dan bukan sebaliknya. Atiq berkongsi perkara itu menerusi sebuah IG story yang dimuat naik pada Khamis lalu. Pelakon itu turut membuat penjelasan mengenai isu yang membabitkan dirinya menerima kritikan warganet setelah memuat naik foto yang dikatakan menayang badan sasanya ketika sedang bersantai di tepi pantai. Pada masa yang sama, Atiq turut berasa kelakar apabila ada pihak yang mengaitkan hantarannya itu dengan isu LGBT. Atiq turut mempertahan segala apa yang dilakukan itu tidak akan dapat memuaskan hati orang lain dan tetap akan ada yang berusaha mencari kesalahannya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.