BERITA palsu kisah rumah tangga pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail menjadi bahan terbaharu individu tidak bertanggungjawab mempromosikan produk jualan di medium media sosial. Kesal dengan tindakan itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia bimbang jika berita tidak benar itu mengundang salah faham dalam kalangan peminat. “Kalau iya pun nak jual barang, tak perlu tulis macam ini. Dah warganet percaya. Atau ada Nad Zainal lain?
“Nad yang ini (dirinya), yang tulen, jaranglah nak buka mulut canang kisah rumah tangga. “Penat sis tekan link, bagi link tapi rupanya suruh shopping… Semoga bertaubat,” katanya. Nad menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu. Dalam tangkap layar yang dikongsi, pautan laman tersebut menulis luahan Nad yang mula tidak selesa dengan kehidupan rumah tangga bersama Ungku Ismail. Bagaimanapun perkongsian itu tidak menjelaskan secara terperinci masalah pasangan ini, namun dibimbangi boleh menimbulkan salah faham kononnya perkahwinan mereka sedang berdepan kemelut.
“Saya nak jaga mood di set. Jangan suka buat kelakar di sosial media. Nanti ramai yang lurus percaya. “Farah Othman lah yang jelaskan sebab Farah Nadia nak shoot,” kata Nad lagi. Sementara itu, suaminya iaitu Ungku Ismail atau Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 37, turut meluahkan rasa kurang senang dengan kaedah mempromosi sebegitu. “Kalau saya lagi menyampah ada la yang kuat fitnah, cerita buruk sangka, buat cerita ikut suka sebab nak tutup salah sendiri, menghasut orang,” tegasnya. Untuk rekod, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.