Akan tetap dedahkan Rina dengan bahasa korea juga, Maryam akui nak besarkan ank dengan budaya melayu

Usia anak sulung kini mencecah dua tahun, pempengaruh media sosial dan pelakon Maryam Youranae berkata dia mahu membesarkan Rina sebagai anak Melayu sejati. Memetik Harian Metro, isteri kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim berkata dia hanya mahu anaknya tahu sedikir mengenai budaya negara asalnya iaitu Korea. “Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah. Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah. Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu,” katanya.

Menurut Maryam lagi, dia akan tetap mendedahkan Rina dengan bahasa Korea kerana dia selesa bertutur dalam bahasa tersebut. “Saya cakap Melayu dan Korea juga dengan dia. Tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea sebab bila cakap bahasa ibunda sendiri, saya dapat ekspresikan sayang itu dengan lebih lagi. Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa tak sampai sangat,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.