PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib bersyukur dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan mirip Allahyarham Siti Sarah yang dikenali sebagai Adik Miza. Mengakui wajah Miza hampir sama dengan arwah isterinya itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata pertemuannya dengan kanak-kanak itu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduannya kepada Siti Sarah. Tambah Shuib lagi, sehingga kini dia masih belum bermimpi mengenai isterinya itu dan menganggap kehadiran adik Miza merupakan aturan oleh Allah SWT.
“Tak sampai sebulan lagi sudah masuk tahun kedua arwah Siti Sarah tiada, jadi Allah anugerahkan saya dapat lihat figura tu kat depan mata (adik Miza). Sebab saya belum pernah mimpi Sarah sepangjang dia tinggalkan saya, sekali pun tidak pernah tetapi anak-anak dan keluarga saya rasa semua sudah mimpikan Sarah. Walaupun dia bukanlah Sarah (adik Miza) tapi itulah anugerah Allah berikan kepada saya untuk ubati kerinduan saya terhadap arwah,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.