Ada yang cakap kekayaan yang dia miliki ditaja oleh satu organisasi, tak boleh berdiam Shuib dedah hasil jualan Bubble Bee

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Shuib telah difitnah oleh beberapa individu yang menuduhnya terlibat sebagai ahli Freemason akibat pemergian arwah Siti Sarah. Bukan itu sahaja, kekayaan yang dimiliki beliau ketika ini turut dikaitkan dengan organisasi tersebut dengan ada yang mendakwa bahawa perniagaan yang diasaskannya iaitu minuman Bubble Bee menggunakan dana yang diberikan Freemason. Ekoran itu, Shuib telah membidas dakwaan tersebut dengan menjelaskan kekayaan yang diperoleh hasil daripada perniagaan Bubbe Bee. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Shuib, perniagaan yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu berjaya meraih keuntungan jualan sebanyak jutaan ringgit, sekali gus mampu membuka banyak cawangan di seluruh negara. “Saya struggle tiga tahun buat Bubble Bee. Sampai ada yang cakap sales bukan tinggi pun, tiba-tiba boleh kaya-raya, tiba boleh buka franchise banyak. Apa yang saya nak beritahu di sini, Alhamdulillah, selama tiga tahun jalankan perniagaan ini, atas sokongan ramai orang, kami berjaya membuat jualan sebanyak RM150 juta.”

“Jadi hasil jualan itu daripada semua orang, kenapa masih ada pihak yang mahu mempertikaikan perniagaan saya menggunakan wang dari Freemason?” luahnya. Shuib turut kesal dituduh ahli Freemason sehingga menyebabkan terdapat pekerja Bubble Bee yang mahu berhenti kerja kerana percaya dengan dakwaan tersebut. Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada segelintir yang kagum dengan usaha keras Shuib membangunkan bisnes minuman itu dan ada juga yang meminta syarikat itu mengeluarkan laporan audit untuk mengesahkannya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.