Pada awal rasa sangsi nak terima, rupanya bila dah kahwin baru tahu Shuib ni romantik

ISTERI kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui pada awalnya dia berasa sangsi untuk menerima cinta pelawak dan penyampai radio Suria FM itu. Ini kerana Shuib tidak pernah menunjukkan sikap romantik semasa di awal perkenalan mereka. Watie, 35, bagaimanapun berkata selepas berkahwin barulah dia menyedari Shuib seorang yang romantik dan penyayang terhadap keluarga. “Sebelum kahwin saya sendiri pun rasa 50-50 (kahwin), saya fikir sebenarnya Shuib pilih saya sebab anak-anak dia je ni.

“Pernah ada rasa macam betul ke nak teruskan perkahwinan ini sebab bila berjumpa Shuib ni orang yang senyap dan serius. “Kita nampak dia dengan arwah (Siti Sarah) romantik, dengan saya tidak pula romantik. “Tapi itu sebelum berkahwin, bila dah kahwin lain sangat,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Shuib sampai tak boleh tidur dan makan lepas Sarah pergi, Raisuddin akui suka tengok kebahagian Shuib lepas kahwin dengan Watie. Bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah mengakui gembira melihat kebahagiaan menantunya, Shuib selepas mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah. Raisuddin berkongsikan selepas arwah anaknya tiada Shuib tiada selera makan dan tidak sanggup melihat keadaan menantunya itu. “Setahun lebih arwah (Sarah) tiada… Shuib tak boleh makan, tak tidur. Kita sanggup ke tengok dia macam tu? “Bukan benda pelik kalau kahwin selepas pemergian pasangan sebab setiap orang itu ketentuannya berbeza.

“Saya beritahu Shuib kalau dah ada (pengganti) cakap sahaja, biar saya yang pinang. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, jadi kalau dah anak kenapa saya nak sedih apabila dia nak kahwin,” katanya. Ditanya mengenai hubungan mereka selepas menantunya itu berkahwin dengan Watie, Raisuddin berkata mereka tetap seperti satu keluarga yang tidak boleh dipisahkan. “Dia begini, Watie tak ada bapak, saya ada Makder, ibu Sarah dah pergi menghadap illahi dah dulu. Kami masih satu keluarga yang tidak boleh dipisahkan. Kasih sayang kita tidak diperuntukkan dalam masa tertentu.

“Shuib beranggapan saya macam bapa sendiri. Apa yang dia tak betul saya akan cakap, kita saling menghormati macam mula-mula dulu,” katanya. Dalam pada itu, Raisuddin menyifatkan susah untuk mencari wanita seperti Watie, malah katanya lagi usahawan itu seorang yang hati dan berfikiran terbuka. “Sebenarnya susah nak cari orang macam dia. Dia hati dia terbuka, fikiran dia terbuka. Dia tu pengganti dan Shuib masih lagi sibuk yang itu, tapi dia okay. Itu satu bab yang special pasal Watie,” katanya. Sumber: Rotikaya.