Kekasih kepada pelakon Sophia Albarakbah yang lebih dikenali sebagai Mr Doctor mengatakan teman wanita itunya sememangnya layak menang apabila dinobat Aktres Filem Popular di ABPBH35, Jumaat lalu. Memetik BH Online, melihat kekasihnya itu menjawab pertanyaan media, Sophia terharu menerima sokongan daripada insan tersayang. “Awak memang layak menang,” demikian reaksi kekasih Sophia.
Sementara itu, Sophia turut berterima kasih dengan kesungguhan peminat yang mengundinya sehingga dia berjaya membawa pulang anugerah tersebut. “Saya bersyukur peminat sukakan karya saya dan mengundi. Ini adalah anugerah pertama saya selepas empat tahun berkecimpung dalam dunia seni,” katanya. Dalam pada itu, meskipun sebelum ini terpalit kontroversi Sophia menyifatkan kemenangan itu sekaligus dapat membuktikan bahawa dia layak memenangi anugerah berkenaan.
“Ya, sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan pada orang ramai, saya layak memenangi anugerah ini. “Sebab dalam karier pastinya saya mahu capai sesuatu, kita juga mempunyai gol dan nak dapat satu anugerah pun bukan senang. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat. “Dan tidak kisahlah ada kontroversi atau tidak, kalau mereka tak minat, mereka tidak akan mengundi, jadi saya tak rasa kontroversi perlu ada dalam kerjaya,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.