Sampai ada yang tanya isteri dekat set penggambaran, suami Heliza Helmi akui terkilan bila ada orang cakap buruk pasal dia

Suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi akui kesal dan terkilan dengan ftnh dilemparkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cakap seorang ‘scammer’ atau penipu. Jelas pemilik nama sebenar Mahadi Badrul Zaman,39, berkata sekiranya dia benar-benar terlibat dengan aktiviti sindiket penpn sudah pasti dirinya akan menjadi sasaran buruan pihak berkuasa. Namun, sehingga kini dirinya masih memiliki rekod bersih daripada sebarang kegiatan tak baik yang dipetik oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya memang difitnah, tiada sebarang penipuan yang saya lakukan. Saya langsung tiada sebarang kes. Kes polis tak ada, bank negara tak ada. Semuaya bersih.  Kalau saya scm orang, pasti polis dah tangkap, bank negara dah cari saya. Tapi, saya bersih. Tiada satu laporan pun ke atas saya. Alhamdulillaj,”ujarnya. Sementara itu, Mahadi yang juga seorang usahawan turut meluahkan rasa kasihan kepada isterinya iaitu Heliza Helmi kerana sering menerima tempias dengan segala tuduhan fitnah dilemparkan, lebih-lebih dirinya seorang selebriti.

“Kasihan isteri saya kena tempias. Dia seorang artis, jadi bila dia ke set penggambaran orang bertanya. Jadi benda-benda macam ini tak seronoklah,”luahnya. Mahadi berkata, dirinya akui sedikit terasa dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh warganet termasuklah menuduhnya seorang penunggang agama dan janggut ‘mahal’ dimilikinya. Bagaimanapun, dirinya tetap bersabar dan percaya ia adalah fitnah akhir zaman meskipun memberi sebarang kenyataan berbalas mahupun berdiam diri.

Sumber: omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.