Tak semua tumbuhan yang kita nampak sedap dan bersih itu boleh dimakan kerana ia boleh menjadi penyebab keracunan makanan. Seperti seorang wanita ini yang berkongsi satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada ahli keluarganya dimasukkan ke hospital gara-gara termakan cendawan beracun. Menerusi perkongsian wanita itu di TikTok, dia berkata cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka. Disebabkan sudah lama tidak makan cendawan, wanita itu pun bertindak untuk memasaknya seperti biasa. Ujarnya, cendawan itu kelihatan seperti cendawan busut tapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya.
Menurutnya, dia agak was-was apabila hidangan cendawan yang dimasak itu bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya. “Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut. “Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya google cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya. Sejurus makan cendawan itu, mereka mengalami muntah-muntah dan lemah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan.
Wanita itu turut berpesan harap perkongsiannya itu menjadi pengajaran kepada semua supaya mengenal pasti cendawan terlebih dahulu sebelum dijadikan hidangan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap keluarganya dan menasihati supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan yang tidak pasti boleh dimakan atau tidak.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.