Pekin Ibrahim hanya duta, tak sangka ini pula pengakuan dari pemilik Gr Yaris yang terlibat dalam kejadian tak diingini baru ni

Seorang individu yang juga pengarah syarikat D One Motorsports Sdn Bhd mendedahkan bahawa pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar Toyota GR Yaris Kansai yang terbabit dalam kejadian tak diingini baru-baru ini. Menurut Asnina Muhammad, pelakon berusia 42 tahun itu hanya menjadi duta atas tujuan promosi di media sosial bagi syarikat tersebut bermula Mei 2023 sehingga satu tempoh yang telah dipersetujui. “Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu. Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.

Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi syarikatnya. Asnina berkata, suami kepada aktres Mona Allen itu sebaliknya hanya menunjukkan minat untuk membeli kenderaan berwarna hitam itu sahaja. “Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut memuat naik salinan geran bagi membuktikan bahawa kereta berkenaan adalah hak miliknya dengan tarikh pendaftaran pada 3 Julai lalu. Beberapa hari lalu, nama Pekin menjadi bualan warganet apabila kenderaan yang dipandu oleh seorang rakannya itu mengalami ‘total lost’ selepas terbabit dalam kejadian dipercayai di Putra Heights, Selangor. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu video di aplikasi TikTok sekali gus mengundang rasa simpati dalam kalangan warganet apatah kereta itu baru sahaja tiba di Malaysia dari Jepun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.