Tengah hangat pasal trend geng marhaban, ramai yang terhibur bila tengok Tokti pun buat parodi tu

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan mengikut trend terkini iaitu geng Marhaban yang popular di TikTok. Menerusi video tular yang dikongsikan oleh kelab peminat @sitizonemy di Instagram merakamkan Siti sedang melakukan parodi tersebut. Dengan bertajuk POV: Bila Artis Tetiba Join Geng Marhaban, video itu merakamkan gelagat Siti yang muncul dengan membawa bag tangan persis geng Marhaban dan kemudiannya bersalaman sama seperti gaya geng Marhaban membuatkan warganet terhibur. Klik sini untuk lihat video.

Malah Siti juga berjaya melakonkan gaya geng Marhaban juga sangatlah mencuti hati. Tidak ketinggalan juga, Siti sama-sama menyanyikan lagu Marhaban yang tular itu. Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif yang rata-ratanya mengusik Siti. Antara komen yang diterima adalah: “Datuk Siti tolong jangan join Marhaban nanti semua orang tak boleh fokus hahaha,” “Tu dia, bila bonda ratu dah buat terpelanting semua guys,”

“Hahahaha Datuk Siti paling win guys! Terhibur aku, tengok pun senyum je,” “Hahahah Datuk Siti ni makin kelako kenapa, dah lah comey,” Terdahulu, video tular merakamkan gelagat geng Marhaban mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi termasuklah artis dan juga pempengaruh. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.