Akan cuba sehabis baik bersihkan nama isteri, video terbaru Shuib buat ramai yang sedih

Seperti yang diketahui ramai, pelawak terkenal Shuib Sepahtu terpalit dengan satu kontroversi apabila difitnah menjadi salah seorang ahli Freemason sehinggakan didakwa mempunyai kaitan dengan kematian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah. Terbaharu, Shuib tampil memuat naik video memaparkan momen arwah Siti Sarah berpelukan dengan anak-anak sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) serta ketika perjalanan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video tersebut, bapa kepada empat orang anak itu berjanji akan mencuba sedaya upaya membersihkan nama baik arwah isterinya itu. Shuib juga memohon maaf kepada arwah Siti Sarah selepas sering menjadi sasaran fitnah oleh segelintir warganet sejak kebelakangan ini. “I minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang you. Orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal. “Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you sayang.” Di akhir hantarannya itu, Shuib mendedahkan dia begitu yakin bahawa Allah S.W.T akan sentiasa bersamanya sekeluarga.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan kepada Shuib untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian kehidupan. Ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyuarakan kerinduan mereka terhadap Siti Sarah selepas melihat beberapa momen yang dikongsikan Shuib. Terdahulu, Shuib menjadi bualan ramai apabila berita fitnah yang mendakwanya menjadi ahli Freemason tersebar luas di media sosial. Shuib kemudiannya telah pun berjumpa dan memaafkan salah seorang daripada dua warganet yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai pemergian arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.