Rasa puas dapat tunaikan Haji, Zul Ariffin dedah tapak kaki sampai terkoyak

Ibadah haji yang dilaksanakan sebahagian umat Islam di Malaysia sudah menghampiri penghujungnya apabila mereka telahpun selesai melaksanakan semua rukun haji. Begitu juga dengan selebriti terkenal, Zul Ariffin apabila berkongsi momen ketika melontar jamrah di Instagramnya serta penampilan terkini dengan potongan rambut botak selepas bertahallul. Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu telah berkongsi satu ciapan mengatakan yang dirinya puas dan sangat bersyukur dapat menunaikan ibadah haji walaupun kakinya terkoyak serta kulit badannya terbkr disebabkan cuaca yang agak panas di Kota Suci.

Dia juga sempat mengucapkan salam Aidiladha kepada semua memandangkan rakyat Malaysia bakal menyambutnya pada hari esok. Susulan daripada itu, ramai yang tinggalkan komen dengan tumpang gembira dan bersyukur kerana pelakon berkenaan bakal bergelar ‘Tuan Haji’ apabila selesai beribadah disana. Dalam pada itu mereka juga mendoakan agar Zul Ariffin mendapat haji yang mabrur dan turut mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada selebriti tersebut.

Untuk rekod, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin telah berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun lalu dan hampir tiga minggu di sana. Dia yang sudah beberapa kali mengerjakan ibadah umrah turut banyak menghabiskan masa di Mekah memandangkan mempunyai urusan pekerjaan disana sejak awal tahun ini. Sumber: omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.