Tular video Abang Bomba buat buddy check, sekali ramai yang komen nak serbu Dataran Putraja esok

PERARAKAN sempena Hari Kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos setiap tahun merupakan acara yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia. Jadi apabila kita sebut sahaja sambutan hari merdeka, tentu ramai masih ingat tentang fenomena abang bomba sado yang menjadi perhatian dan buah mulut warganet di media sosial tahun lalu. Nampaknya tahun ini kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal terus jadi tumpuan selepas beberapa video membabitkan anggotanya semasa sesi raptai mula tular. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perkongsian di TikTok, gelagat anggota bomba bernama Muhammad Shafie Jamaludin dan rakannya memperkemaskan penampilan masing-masing cukup membuatkan ramai tersenyum sendirian. Paling menjadi bualan tentunya aksi punggung Muhammad Shafie atau Afie ditepuk rakannya pada penghujung video. “Bersiap sedia semua 31 Ogos ni. Yang akhir (video) tu abaikan,” tulisnya pada video di TikTok. Ketika dihubungi, Afie yang merupakan anggota dari Balai Bomba Renggam di Johor berkata, rakaman itu dibuat sewaktu mereka mengadakan sesi raptai di Dataran Putrajaya.

Ujar Afie aksi merapikan rakan sepasukan atau dipanggil ‘buddy check’ dilakukan bagi memastikan penampilan mereka kemas dan selamat. “Video viral tu kami rakam saja-saja untuk buat content. Kami buat buddy check tu dekat kawan-kawan bomba untuk pastikan keselamatan masing-masing. “Kami kena pastikan topi keselamatan dan segala peralatan dipakai dalam keadaan baik. Macam tak percaya video tu viral. Lepas baca komen-komen tu agak terkejut sebab ada daripada lelaki dan perempuan puji saya handsome.

“Saya biasa saja, mungkin dalam video je nampak handsome. Ada juga yang komen mengenai tepuk punggung. Yang tepuk tu kawan saya. Tu tindakan secara spontan saja. Tak ada apa-apa pun melainkan gurauan antara kawan dengan kawan,” katanya. Tambah pemuda berusia 24 tahun itu lagi, dia begitu teruja untuk menyertai perarakan kali ini memandangkan ia merupakan perbarisan kali kedua disertainya sepanjang menjadi seorang anggota bomba sejak empat tahun lalu.

“Kami sudah berada di Putrajaya sejak 25 Ogos lalu dan menginap di Nilam Court Apaartment. Tahun ni dah berubah tempat, jadi berkemungkinan ramai yang datang dan lebih meriah sebab buat dekat Putrajaya. Andai kata kalau hujan pada hari kejadian, kami tetap teruskan juga berarak. Tapi harapan saya semoga acara berjalan lancar dan tak hujan. Maklumlah, peralatan kita semua berat. Baju kami pakai pun bukannya ringan jadi kalau basah nanti dua kali ganda beratnya,” katanya lagi.

Bercerita lanjut Afie yang merupakan anak kelima daripada enam adik beradik berkata, dia gembira dengan reaksi warganet terhadap beberapa video yang dikongsikan di TikTok. Ujar pemuda yang berasal dari Kota Belud, Sabah itu lagi, walaupun ramai orang yang cuba mendekatinya selepas video yang dihasilkan tular, dia tetap setia dengan teman wanita yang dikenali sejak beberapa tahun lalu. “Saya gembira apabila video-video tu viral. Jadi lebih ramai akan datang tengok perarakan itu nanti. Setahun sekali saja kita boleh raikan hari penuh bersejarah ni.

“Saya dah berpunya (ada kekasih)… kami sudah lama bercinta. Kalau ada jodoh tu, saya bersyukurlah tapi hati manusia kan berbolak balik. Bak kata pepatah tu, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. “Tapi apa-apa pun saya hanya ingin memberi fokus kepada kerjaya sebagai anggota bomba kerana ia merupakan cita-cita sejak kecil lagi. Lepas tamat saja belajar dulu saya terus mohon untuk menyertai pasukan ini,” jelasnya lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.