Dah mulakan tugas sebagai Adun, Altimet berhasrat nak banyakkan lagi program agama di masjid

Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula hari ini. Memetik laporan merujuk kepada beberapa ciapannya di Twitter, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menyatakan yang dirinya akan memulakan tugas sebagai ADUN di Lembah Jaya bermula jam 6 pagi di Masjid Taman Kosas, Ampang Selangor. Altimet juga menyeru orang ramai disekitar kawasan berkenaan untuk bersama-sama memenuhi masjid bagi menunaikan solat subuh sebagai salah satu permulaan untuk mengimarahkan masjid.

Dalam pada itu, Altimet, 45 yang juga mengatakan antara perancangannya selepas ini adalah untuk menjadikan masjid ke arah yang lebih menarik dengan penganjuran lebih banyak program agama.“Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat! Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Bunga ini mengatakan tiada istilah berehat panjang selepas ini memandangkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukan sesuatu yang mudah. “Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut. Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin),” ujarnya.

Altimet juga mengakui sangat bersyukur diatas kemenangan tersebut dan sedar bahawa namanya kini telah menjadi perhatian. “Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan. Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini,” jelasnya. Untuk rekod, Altimet yang mewakili Pakatan Harapan telah berjaya mengenepikan calin Perikatan Nasional (PN) iaitu Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Dengan mengutip undian sebanyak 26,172, beliau berjaya menewaskan calon PN dengan majoriti  6,320 undian. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.