Muat naik video menari dengan kawan, kali ni Alya Iman dapat pujian dari warganet pula

Nama pelakon dan model jelita, Alya Iman mula menjadi bualan ramai selepas dia tampil membuat kejutan untuk ‘komited’ tidak lagi berhijab sejak 1 Syawal lalu. Malah, pelakon berusia 22 tahun itu juga menyatakan dirinya mahu menjadi diri sendiri, sekali gus tidak mahu hipokrit dan berharap agar perubahannya itu diterima orang ramai. Ini termasuk jugalah soal pemakaiannya kini yang dikatakan ramai semakin menjolok mata selepas membuat keputusan demikian.

Terbaharu, Alya yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha kembali menjadi perhatian ramai apabila rakannya memuat naik sebuah video mereka berdua di aplikasi TikTok. Menerusi video hantaran tersebut, mereka berdua kelihatan sangat gembira menyanyi berlatar belakangkan lagu sohor kini aplikasi tersebut sambil berpelukan di dapur. Malah, mereka berdua juga dilihat menari bersama-sama ketika Alya sedang mencuci peralatan dapur. “No boyfriend so best friend also can,”tulis rakan Alya di ruangan hantaran. Klik sini untuk lihat video.

Tidak menerima kritikan, sebaliknya hantaran tersebut menerima pujian warganet apabila mereka tinggalkan pujian kepada Alya dengan mengatakan pelakon telefilem Lelai Kelas Sebelah seorang yang cantik.

Akan tetapi, ada juga meninggalkan komen menyakitkan hati dengan mengatakan kedua-dua mereka ‘tergedik’ sebaik sahaja melihat perkongsian video. Tidak cukup dengan itu, ada juga dilihat kurang ‘sopan’ dengan mendakwa mereka berdua menjalinkan hubungan sedangkan hakikatnya hanyalah sahabat baik.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.